Berita Terkini

Program Antirasuah Dalam Perolehan MRT Corp Bersama Kontraktor Lantikan MRT Corp

Putrajaya, 2 Mac -Pelaksanaan program ini merupakan usaha berterusan dalam latihan dan komunikasi bagi memastikan perniagaan dijalankan dalam persekitaran bebas rasuah dan mendokong elemen tadbir urus baik  di antara MRT CORP  dan para kontraktor dalam pembangunan rel metro di Malaysia.

Program telah dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan Liabiliti Korporat di bawah seksyen 17A Akta SPRM 2009 oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Tuan Mahadi Bin Jumaat. Beliau juga memberi taklimat berkenaan Kesalahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA 2001). Penekanan turut diberikan berkaitan kesalahan rasuah dalam tender projek.

Program tersebut disempurnakan dengan para kontraktor menzahirkan komitmen antirasuah menerusi lafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh YBhg Datuk Razim Bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM. Dalam ucapan Tuan Hj. Mohd Yusof Kasiron, Pengarah Projek MRT3 Circle Line, MRT Corp, menerangkan bahawa, cadangan SPRM dilaksanakan sebagai langkah wajib di mana taklimat antirasuah disampaikan kepada para pembida di peringkat pembidaan kontrak berkenaan. Menurut Ketua Pewakilan kontraktor, En.Jeyasekara Kulasegarah, Ketua Sistem Kontrak, MMC Gamuda yang memimpin lafaz ikrar, usaha pencegahan rasuah bersama SPRM memberi peringatan serta menekankan kepentingan dalam pelaksanaan langkah antirasuah yang boleh membantu ke arah pengurusan secara berhemah dan dengan penjimatan dalam projek yang melibatkan dana awam.

Para hadirin program antirasuah perolehan MRT Corp bersama SPRM juga telah berpeluang mendapatkan maklumat SPRM serta mengetahui usaha antirasuah MRT Corp menerusi pameran oleh pihak SPRM dan MRT Corp.

Hit : 1841