Berita Terkini

SPRM Menyambut Baik Usaha Pembudayaan Antirasuah Warga KWAP

KUALA LUMPUR, 23 Februari - SPRM menyambut baik usaha Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) meningkat integriti, governans dan antirasuah warganya melalui pelaksanaan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

KWAP merupakan dana pencen sektor awam terbesar di Malaysia untuk penjawat awam.

Majlis ini telah berlangsung di Pejabat KWAP dan lafaz ikrar diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP Puan Nik Amlizan Mohamad dan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM YBhg Tan Sri Dato’Sri Hj Azam bin Baki.

Dalam ucapannya, CEO KWAP menekankan iltizam bagi menjauhi penyalahgunaan kuasa dan rasuah selaras dengan slogan “Malaysia Madani”

Hit : 1639