Berita Pendidikan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Komited Perangi Rasuah Secara Berterusan

PUTRAJAYA, 22 Februari – Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyatakan komitmen memerangi rasuah dengan mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini, hari ini. Seramai 100 orang telah hadir semasa majlis ini yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini diketuai oleh YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia dengan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim bin Mohd Noor.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj sempena pelancaran Pelan Strategik Antirasuah dan Integriti Veterinar bagi tahun 2022 hingga 2026.

Terdahulu, satu sesi ceramah berkaitan Undang-Undang Rasuah yang berkuatkuasa di Malaysia telah disampaikan oleh PsK Rostam bin Maidin.

Hit : 1752