Berita Pendidikan

APM Ambil Inisiatif Anjur Program Kesedaran Antirasuah

BANGI, 7 Februari - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia selari dengan hasrat kerajaan yang cakna dengan isu rasuah yang berlaku di kalangan pegawai dan anggotanya melalui Program Kesedaran Risiko Rasuah Peringkat APM 2023 yang diadakan di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat APM di sini.

Sesi dimulakan dengan kupasan isu rasuah dalam perolehan dan penguatkuasaan dalam kes-kes terdahulu disampaikan oleh Ketua Seksyen Kerajaan PenMas, PPj Mohamad Izam Abd Nasir dengan memberi pemahaman mengenai kesalahan-kesalahan rasuah dalam Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed dalam ucapannya turut menekankan kepada warganya mengenai bahaya rasuah dan menyatakan ketegasan tidak berkompromi sekiranya ada anggotanya didapati terlibat.

Aminurrahim turut mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah diikuti 160 staf yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Outreach PenMas, KPKPj Ab Muneim Ibrahim.


Hit : 1125