Berita Pendidikan

SMART Ambil Inisiatif Anjur Program Cegah Ketirisan Dalam Pengurusan Bencana

PULAU MERANTI, 3 Februari - Berteraskan kepada inisiatif untuk menghindari rasuah serta menggalakkan integriti dalam organisasi, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menganjurkan sesi penerangan dan dialog bertemakan 'Pencegahan Ketirisan dalam Pengurusan Bencana Negara' hari ini.

Program dimulakan dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin PgB Mohamad Hafiezul Abdul Halim diikuti 140 warga SMART. Turut menghadiri program ini, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jamil Derus Ahmad.

Komander Pasukan SMART, PgKb 1 Mohd Khairul Jamil dalam ucapannya  menegaskan mengenai kepentingan integriti bermula dari  rumah yang membawa kepada ikhlas bekerja serta menjauhkan diri dari sifat mazmumah. Sesi tandatangan IBR disaksikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan (CKA) PenMas SPRM, PKPj Samsul Salip.


Hit : 1247