Berita Pendidikan

SKMM Komited Memerangi Rasuah

CYBERJAYA, 31 Januari - Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengadakan majlis apresiasi sambutan Hari Integriti MCMC Tahun 2022 di Auditorium MCMC Tower 1 hari ini.

Turut mengisi acara adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai Pengerusi Sementara MCMC, Datuk Mohammad Azmi  Mohd Zain dengan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM, Dato' Nor Azmi Karim.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj aktiviti Bulan Integriti MCMC 2022, pelantikan 'Integrity Ambassador MCMC' dan penyampaian hadiah pertandingan video klip, debat dan poster sepanjang tempoh berkenaan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Ab Muneim Ibrahim dan Timbalan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM, KPKPj Nurahim Abd Rahim.


Hit : 1421