Berita Terkini

Pengarah SPRM Terengganu Memperkukuhkan Kerjasama Strategik Dengan YAB Menteri Besar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 26 Januari  - Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid telah mengadakan kunjungan hormat sebagai salam perkenalan terhadap YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik di antara SPRM Terengganu dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu di samping membincangkan isu-isu integriti yang berlaku di Terengganu.

Tutut hadir bersama PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu dan pegawai-pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

#RasuahDihinaMaruahDibina


Hit : 4134