Berita Pendidikan

Kementerian Perpaduan Negara Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

PUTRAJAYA, 12 Januari - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melaksanakan Majlis Amanat 2023 Menteri Perpaduan Negara peringkat KPN di Dewan Putra, PICC Putrajaya, di sini.

Majlis dihadiri 400 warga KPN dan Agensi-agensi di bawah KPN iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Negara, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Tun Abdul Razak dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Mengisi acara adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dipimpin Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa KPN, Mohamad Sobri Mat Daud disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

Sementara sesi menandatangani IBR telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha KPN, Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim disaksikan oleh Menteri KPN, YB Datuk Aaron Ago Dagang.

#RasuahDiHinaMaruahDiBina


Hit : 1170