Berita IBR

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KualaLumpur, 12 Januari - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat JPSM, di sini hari ini.

Program dimulakan dengan ucapan Ketua Pengarah, Dato' Indera Mohd Ridza Awang disusuli taklimat oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM, Dato' Nor Azmi Karim bertajuk "Penginstitusian & Pengurusan Integriti  di Agensi Awam".

Dato' Indera Mohd Ridza turut memimpin lafaz IBR diikuti 200 warga JPSM yang turut disaksikan oleh  Dato' Nor Azmi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Buku Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat kepada Pengarah-pengarah Bahagian JPSM dan Negeri.

#RasuahDiHinaMaruahDiBina



Hit : 1683