Berita Menarik

Pengurus, eksekutif kanan kewangan Kosma ditahan SPRM

Dua individu dipercayai menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan pembelian saham Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sebanyak RM229,000 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kegiatan tersebut sejak 2017.

Sumber memaklumkan, suspek pertama wanita berusia 40 tahun merupakan pengurus kewangan koperasi terbabit.

“Suspek kedua, lelaki merupakan pegawai eksekutif kanan kewangan Kosma, berusia 49 tahun. Suspek tahan semalam ketika hadir beri keterangan,” kata sumber itu di sini hari ini.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini dengan mengenakan baju lokap SPRM berwarna oren.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Majistret Fatinah Abu Bakar, memutuskan kedua-dua suspek direman enam hari sehingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan. 

Sumber : Utusan 

Hit : 1455