Berita Pendidikan

Politeknik Hulu Terengganu Tingkatkan Integriti Dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

HULU TERENGGANU, 1 November – Seramai 45 orang warga Politeknik Hulu Terengganu (PHT) terdiri daripada pensyarah dan kakitangan telah menzahirkan iltizam antirasuah dengan lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha pencegahan rasuah dalam kalangan warganya.

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Haji Azahan bin Haji Daud, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu disaksikan oleh PsK Renifezri bin Mohamad, Ketua Siasatan Negeri SPRM Terengganu.

Terdahulu, sesi ceramah integriti yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamed Rizal bin Muhd Tayab, Pegawai Penerangan Bahagian Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


Hit : 2192