Kes-kes Menarik

3 termasuk 2 pegawai MBSA ditahan SPRM

PETALING JAYA : Satu siasatan telah dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung pemberian projek kerajaan negeri kepada kartel-kartel tertentu.

Sepanjang tempoh itu, kata sumber itu, sebanyak tiga individu telah direman SPRM tujuh hari bagi membantu siasatan terdiri dua pegawai MBSA dan seorang kontraktor.

Jelas sumber itu, pegawai yang ditahan merupakan Jurutera dan Pembantu Jurutera gred J29 dan J48 di MBSA.

“Kesemua mereka dipercayai merupakan kroni-kroni melibatkan pengurusan tertinggi berkenaan bagi mendapatkan projek.

“Beberapa dokumen syarikat yang dikemukakan kepada MBSA untuk mendapatkan tawaran kerja-kerja turut dirampas SPRM,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mengesahkan serbuan yang dibuat SPRM di MBSA pada Isnin lalu.

Namun, Zamani tidak mempunyai maklumat terperinci berkenaan serbuan terbabit.

Utusan Malaysia difahamkan serbuan itu dilakukan mungkin berkaitan dengan projek tebatan banjir. –UTUSAN


Hit : 519