Berita Pendidikan

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM, 19 September – Telah berlangsung Program IBR Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan bertempat di bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan, Tingkat 7 Bangunan Darul Ehsan yang disertai 40 orang pegawai  dan kakitangan JMG .

Program dimulakan dengan Lafaz IBR oleh pegawai dan kakitangan JMG dan diteruskan dengan sesi menandatangani IBR oleh Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh, Pengarah  Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan disaksikan Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Selangor.

Sesi taklimat berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah disampaikan oleh PPj Muhamad Firdaus bin Musa, Ketua Unit Penmas SPRM Selangor kepada para peserta  yang hadir.

Turut hadir Encik Edward Anak Muol, Timbalan Pengarah Geosains, Encik Abdul Hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Mineral, Encik Muhammad Ezwan bin Dahlan dan pegawai-pegawai Penmas SPRM Selangor.


Hit : 2511