Berita Pendidikan

Menteri Besar Selangor Beriltizam Membawa Rakan Perniagaan MBI Bebas Rasuah Melalui Kempen Lapor Rasuah

SHAH ALAM, 1 Sept - SPRM Selangor dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI mengambil inisiatif dengan menyeru rakan perniagaan Kumpulan Syarikat MBI agar menzahirkan komitmen dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Majlis IBR ini diadakan melalui penganjuran program Pemantapan Amalan Antirasuah dalam Perniagaan dan Kempen Lapor Rasuah yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Anas Sulaiman, Ketua Divisyen Tadbir Urus MBI dan majlis menandatangani dokumen IBR telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norita Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif MBI. Majlis disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor. 

 

Turut berlangsung majlis perasmian Buku Panduan Integriti MBI dan Syarikat Milikan MBI yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Buku panduan ini dilengkapi dengan maklumat-maklumat berkaitan Polisi Integriti MBI yang mana bukan sahaja untuk rujukan kakitangan MBI, malah untuk rujukan rakan-rakan perniagaan MBI.

 

Majlis diakhir dengan simbolik penyerahan poster Liabiliti Korporat kepada pihak MBI.


Hit : 2296