Berita Pendidikan

Ceramah Antirasuah SPRM dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak

KUCHING, 16 Ogos  – Seramai 100 orang warga kerja Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak menyertai Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Hari Integriti MTCP Sarawak bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Sarawak.


Majlis Lafaz IBR diketuai oleh Encik Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap MTCP Sarawak disaksikan oleh PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak.


Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.


Program diteruskan dengan ceramah antirasuah yang disampaikan oleh PsK Azmi bin Yusuf dari Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak.


Turut hadir adalah YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri MTCP Sarawak dan Puan Majenah Lass wakil dari Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Sarawak.


Hit : 2375