Berita IBR

JPN Perak Fokus Kepada Kepimpinan Bebas Amalan Rasuah Melalui Lafaz IBR

IPOH, 5 Julai – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak komited memerangi jenayah rasuah di kalangan warga kerjanya melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JPN Perak hari ini. 

 

Lafaz IBR diketuai oleh YM Raja Azlan Raja Azman, Pengarah JPN Perak dan disaksikan oleh PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak. Seramai 30 orang warga kerja JPN Perak terdiri daripada Ketua- Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Pejabat dan Ketua Cawangan turut serta bagi melafaz IBR sebagai janji menolak perbuatan jenayah rasuah.

 

Warga kerja JPN Perak telah ditayangkan dengan siaran montaj IBR dan diharapkan Ikrar ini akan menanam rasa kejujuran, kesedaran, keikhlasan dan rasa tanggungjawab di setiap sanubari individu yang melafazkannya. 


Hit : 1878