Berita Pendidikan

Majlis Daerah Tanjong Malim Seru Warga Kerjanya Cegah Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

TANJONG MALIM, 22 Jun – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mengadakan Majlis Menandatangani dan Melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Sri Tanjong MDTM, Tanjong Malim, Perak hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Mohd Ikram Ahmad, Yang Dipertua MDTM dan disaksikan oleh KPKPj Rosley Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Perak. Seramai 70 orang terdiri daripada ahli-ahli majlis dan kakitangan MDTM turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Diharapkan dengan sokongan dan semangat daripada warga kerja MDTM bagi memupuk nilai integriti dapat meningkatkan kesedaran bahaya rasuah dalam perkhidmatan perolehan kepada organisasi tersebut.


Hit : 1679