Berita IBR

Suruhanjaya Tenaga Pejabat Kawasan Kelantan Dan Terengganu Zahirkan Komitmen Cegah Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

KOTA BHARU, 14 Jun – Suruhanjaya Tenaga Pejabat Kawasan (Negeri Kelantan dan Terengganu) menzahirkan komitmen dalam usaha pencegahan rasuah pada hari ini dengan mengadakan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) secara berkolaborasi bersama SPRM Negeri Kelantan.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Ir. Mohd Kasim Kaswi, Pengarah Kawasan, Suruhanjaya Tenaga Pejabat Kawasan (Kelantan dan Terengganu) dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan. Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tenaga Pejabat Kawasan turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Majlis dimulai dengan sesi ceramah yang bertajuk Kesalahan-kesalahan Rasuah di bawah ASPRM 2009 disampaikan oleh Ps Wan Siti Junaida Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kelantan. Sesi ceramah ini dapat memberikan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah serta meningkatkan pengetahuan di kalangan pegawai dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi. 


Hit : 1913