Berita IBR

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) Terapkan Nilai Integriti Basmi Rasuah Melalui Lafaz IBR

SHAH ALAM, 14 Jun - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) milikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dengan kerjasama SPRM Negeri Selangor menganjurkan Majlis Menandatangani dan Melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tanda zahirkan komitmen dalam mencegah jenayah rasuah bertempat di Shah Alam Convention Centre, Selangor hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Ahmad Fariz Hasan, Pengarah Urusan KPS dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor. Seramai 280 orang terdiri daripada ahli lembaga pengarah KPS, pengurusan KPS dan warga kerja KPS turut hadir secara hibrid bagi melafaz IBR. 

 

Majlis diakhiri dengan penyerahan bahan-bahan kempen SPRM oleh Dato Hj Alias Salim kepada pengurusan KPS sebagai tanda kenag-kenangan. 


Hit : 1632