Berita IBR

Menifestasi Warga Kerja PUSPEN Jelebu Dalam Memerangi Rasuah Di Zahirkan Melalui Lafaz IBR

JELEBU, 21 Apr – Warga kerja Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu menzahirkan manifestasi memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa melalui Majlis Menandatangani dan Melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Puan Hajjah Haslinda Jamaluddin, Pengarah PUSPEN Jelebu dan disaksikan oleh PPj Yasmin Azura Hj Yahya, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Sembilan.

 

Puan Hajjah Haslinda Jamaluddin, Pengarah PUSPEN Jelebu menyatakan bahawa IBR ini merupakan simbolik kepada iltizam dan kesungguhan warga PUSPEN Jelebu muncul sebagai jabatan yang bebas dan tidak sama sekali bertoleransi terhadap sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.


Hit : 1912