Berita Terkini

SPRM Kelantan Semarakkan Program Integriti Di Hati Rasuah Dijauhi

KOTA BHARU, 18 Apr – SPRM Kelantan menyantuni masyarakat iaitu pengguna jalan raya dalam Program Integriti Di Hati Rasuah Dijauhi bertempat di Jalan Sultan Yahya Petra, hadapan bangunan SPRM Negeri Kelantan.

Program yang diketuai oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan disambut baik oleh pengguna jalan raya yang mana mereka diberikan kurma dan juga bahan kempen berkenaan Kewajipan Melapor Jenayah Rasuah di bawah Seksyen 25 ASPRM 2009.

Inisiatif program ini adalah untuk menarik perhatian dan kerjasama pihak masyarakat bagi melaporkan jenayah rasuah di samping membina kerjasama bersama pegawai SPRM dalam kefahaman berhubung dengan kesalahan-kesalahan rasuah kepada semua pihak di seluruh negeri Kelantan.


Hit : 3115