Berita Terkini

JKN Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

ALOR SETAR, 14 Apr – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) komited bersama-sama SPRM dalam memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Lafaz IBR diketuai oleh Dr. Othman Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan disaksikan oleh KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Kedah.

Seramai 67 orang secara bersemuka dan 856 orang secara dalam talian hadir ke majlis ini. Peserta turut diberi pendedahan berkaitan isu rasuah melalui ceramah yang disampikan oleh PPs Mohd Faiq Hussin, Pegawai Unit PenMas SPRM Kedah.


Hit : 306