Berita IBR

SilTerra Malaysia Semai Dan Pupuk Semangat Integriti Melalui Tandatangan IBR

KULIM, 29 Mac – SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. menyahut seruan SPRM dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pameran Pencegahan bagi menunjukkan sokongan yang padu atas usaha SPRM telah diadakan di Auditorium SilTerra Malaysia hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah. Seramai 75 Senior Management turut hadir melafaz IBR secara bersemuka manakala seramai 483 pegawai dan kakitangan SilTerra hadir secara maya melalui aplikasi zoom.

 

SPRM amat berharap Majlis IBR ini secara langsung dapat menyemai dan memupuk semangat bekerja di dalam suasana integriti yang tinggi di kalangan warga SilTerra Malaysia dalam memerangi jenayah rasuah. 


Hit : 1910