Berita IBR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Komited Perangi Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

PUTRAJAYA, 29 Mac – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sahut seruan SPRM bagi mencegah jenayah rasuah dan meningkatkan nilai integriti dalam diri warga kerjanya melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah diadakan di Bilik Jamuan Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh YBhg Datuk Dr. Yacob Mustafa, Akauntan Negara sambil disaksikan oleh YBhg Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Seramai 50 orang pegawai terdiri daripada pengurusan tertinggi, pengarah dan timbalan pengarah bahagian JANM turut hadir bagi melafaz IBR.

 

YBhg Datuk Dr. Yacob Mustafa, Akauntan Negara memaklumkan semua urusan JANM akan menuju era digitalisasi sepenuhnya menjelang penghujung 2022 bagi mengurangkan ruang dan peluang rasuah kepada warganya dan juga pengguna daripada jabatan lain.


Hit : 1910