Berita IBR

AADK Selangor Terap Nilai Integriti Di Dalam Diri Warga Kerja Melalui Lafaz IBR

PETALING JAYA, 28 Mac – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menzahirkan sokongan basmi rasuah dan meningkatkan integriti dalam kalangan warga kerjanya melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Selangor yang berlangsung di Auditorium Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya hari ini.  

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Nazir Mohamad, Pengarah AADK Selangor dan disaksikan oleh PKPj Ridzuan Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor. Seramai 100 pegawai dan kakitangan AADK Selangor turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Gimik pelancaran sempena Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah SPRM Selangor bersama AADK turut dilancarkan pada majlis ini melalui edaran poster yang ditempah khas. Poster ini memaparkan infografik berkaitan tatacara melaporkan kesalahan jenayah rasuah kepada SPRM.


Hit : 1814