Kes-kes Menarik

Bekas Pengerusi LFSA didakwa guna kedudukan lindungi Syarikat Kensington

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) mengaku tidak bersalah menggunakan kedudukannya menerima rasuah bagi melindungi Syarikat Kensington Trust Labuan daripada dikenakan tindakan oleh lembaga berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Datuk Azizan Abd Rahman pada 17 November sebagai Pengarah dan Pegawai Amanah Kensington Trust Labuan didakwa melakukan kesalahan berkenaan di LFSA, Merou UM, KL Sentral.

Beliau dituduh di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Jika didapati bersalah, Azizan, 67, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Hakim, Rozina Ayob kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000.

Azizan turut diarahkan supaya menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh sebutan kes pada 5 April 2022.

Dalam pertuduhan berasingan, Azizan turut didakwa tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai Pengarah dan Pegawai Amanah di Kensington Trust Labuan Limited.

Sebagai rekod, syarikat tersebut merupakan sebuah institusi kewangan Labuan kepada LFSA.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(1) Aka Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].

Pasukan pendakwaan kemudian memohon pertuduhan kedua dibicarakan bersama pertuduhan pertama.

Sumber : MalaysiaGazzete


Hit : 341