Berita Pendidikan

Pahang Skills Tekad Bersama-sama SPRM Perangi Rasuah dengan Lafaz IBR

KUANTAN, 28 Feb – Pahang Skill Development Centre (Pahang Skills) zahirkan sokongan untuk memerangi rasuah bersama-sama SPRM dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohd Yusri Mohd Nor,  Pengarah Eksekutif Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang.

Program IBR turut diserikan bersama Program Hari Kualiti dan Integriti Pahang Skills serta Anugerah Pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Anti Rasuah MS ISO 37001:2016.

Seramai 150 pegawai dan pelajar Pahang Skills hadir dan didedahkan dengan Taklimat Integriti dan Pencegahan Rasuah yang disampaikan oleh Ps Maizatul Idzwie Mat Ali daripada SPRM Pahang.

Turut hadir menyaksikan majlis IBR ialah Encik Ooi Soo Kang, Pengerusi Eksekutif CI International Certification Sdn Bhd dan ahli-ahli Majlis Pengurusan Pahang Skills.


Hit : 2344