Berita Terkini

JTK Perlis Komited perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KANGAR, 7 Feb - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perlis komited dalam usaha memerangi jenayah rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di bilik Mesyuarat Jabatan Tenaga Kerja, Kangar pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Iskandar Jassa, Pengarah JTK Perlis dan disaksikan oleh PKPj Suzeliyana Hashim, Pengarah SPRM Perlis.

PKPj Suzeliyana juga menekankan betapa pentingnya amanah dan integriti bagi semua warga JTK dalam melaksanakan tugas serta berkongsi info mengenai keseriusan jenayah rasuah yang boleh mencemarkan imej dan nama jabatan.


Hit : 1249