Berita IBR

Deleum Berhad Tanam Sifat Integriti Melalui Lafaz IBR Dan Kempen Inisiatif Pencegahan Rasuah

SHAH ALAM, 25 Jan – Bersempena Hari Integriti Deleum Berhad, YBhg. Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor telah dijemput menyampaikan ucapan serta menyaksikan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kepada 60 orang peserta program yang terdiri daripada barisan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja Deleum Berhad bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur hari ini.

 

YBhg. Dato’ Haji Alias Salim menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan padu dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh syarikat yang berperanan dalam menyediakan khidmat dan kepakaran dalam industri "oil & gas". Ini adalah bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus yang bersih daripada sebarang jenayah dan perlakuan rasuah.

 

Turut berlangsung dalam program ini "Kempen Inisiatif Pencegahan Rasuah Liabiliti Korporat" melalui penyerahan poster Liabiliti Korporat dan info grafik tatacara melaporkan rasuah kepada SPRM yang telah ditempah khas dan diserahkan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor kepada Pengerusi Deleum Berhad. 


Hit : 1994