Berita IBR

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu Komited Menjadikan Negara Bebas Rasuah Melalui IBR

KUALA TERENGGANU, 20 Jan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Utama, Wisma Kastam Negeri Terengganu hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Abdul Rashid Embong, Ketua Bahagian Perkastaman dan disaksikan oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu. Seramai 45 orang pegawai Kastam Terengganu, termasuk lapan Ketua-Ketua Bahagian turut serta melafaz IBR.

 

IBR ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah.


Hit : 2072