Berita IBR

Institut Maritim Malaysia (MIMA) Zahirkan Komitmen Basmi Rasuah Melalui Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 19 JAN - Institut Maritim Malaysia (MIMA) menzahirkan komitmen memerangi rasuah dan meningkatkan integriti di dalam organisasi mereka melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Pejabat Institut Maritim Malaysia Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur hari ini. 

 

YBhg Datuk Dr. Sabirin Ja'afar, Ketua Pengarah MIMA mengetuai lafaz IBR dan disaksikan oleh PKPj Ramli Hassan, wakil daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Ibu Pejabat.

 

YBhg Datuk Dr. Sabirin Ja'afar, Ketua Pengarah MIMA menyatakan akan terus mengadakan program-program berunsur integriti lain selepas ini bagi memastikan warga kerja MIMA komited dalam memerangi rasuah bersama SPRM. 


Hit : 1813