Berita Pendidikan

Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang Pupuk Semangat Integriti Melalui Lafaz IBR

KUANTAN, 18 Jan - Pejabat KDYMM Sultan Pahang melakar sejarah selaku jabatan kerajaan yang pertama Negeri Pahang melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada tahun ini. Majlis ini diadakan di Dewan Auditorium, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.

 

Lafaz Ikrar diketuai oleh YH Dato Haji Ahmad Khirrizal Abdul Rahman, Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang. Turut hadir bagi melafaz IBR ini adalah seramai 80 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pejabat KDYMM Sultan Pahang.

 

YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Abdul Rahman, Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak SPRM Pahang kerana menyokong penuh kepada pihak Pejabat KYDMM Sultan Pahang dalam menjayakan majlis IBR ini. Beliau juga telah mengingatkan kepada warga kerja pejabat KDYMM Sultan Pahang berkenaan tanggungjawab untuk sentiasa menyematkan integriti dalam diri masing-masing.


Hit : 2471