Berita Terkini

Matlamat Sifar Rasuah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Melalui Kunjungan Hormat Kepada Pengarah SPRM Pahang

KUANTAN, 8 Sep – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang menerima kunjungan hormat daripada Encik Zulkhairi Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang di Pejabat Pengarah SPRM Pahang hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi memperkukuhkan jalinan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak serta perbincangan mengenai isu-isu integriti dan rasuah melibatkan pegawai JKM dan ahli jawatankuasa pengagihan bantuan. Selain itu, JKM Pahang menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan SPRM Negeri Pahang untuk mengadakan program-program integriti dan melibatkan kakitangan JKM Pahang bagi mencapai matlamat sifar rasuah dalam tadbir urus organisasi berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa.

Harapan kedua-dua pihak agar usahasama yang terjalin ini berpanjangan demi membanteras rasuah dalam negeri Pahang umumnya. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.         


Hit : 123