Berita IBR

Syarikat Transporter Yang Dilantik Oleh KPDNHEP Sarawak Zahirkan Komitmen Cegah Rasuah Melalui IBR

KUCHING, 26 Ogos - Syarikat Transporter yang dilantik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak menzahirkan komitmen yang tinggi dalam usaha membanteras rasuah melalui majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) secara dalam talian hari ini.

Sebelum lafaz IBR dimulakan, PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak menyampaikan amanat berhubung integriti dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh pihak transporter dalam urusan pengagihan barangan keperluan kepada pengguna di luar bandar

Seramai 121 kakitangan daripada transporter telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Michael Teng Ting King mewakili pihak transporter dan disaksikan oleh PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak.

Hit : 127