Berita IBR

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bendung Gejala Rasuah Melalui Lafaz Dan Tandatangani IBR

PUTRAJAYA, 26 Ogos - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi membendung kegiatan rasuah di kalangan mereka secara atas talian hari ini.

Seramai 50 AJK pusat dan negeri turut hadir bersama dan melafaz IBR yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Donimic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan disaksi oleh YBhg. Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Datuk Dr. Dominic Lau menekankan bahawa Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan memerangi sekeras-kerasnya gejala rasuah dan juga Parti Gerakan akan memohon ISO 37001:2016 bagi menunjukkan Iltizam memerangi rasuah dalam parti.

Datuk Razim Mohd Noor dalam ucapannya menyambut baik usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh PGRM dan mengingatkan bahawa IBR ini bukan semata-mata bagi mendapatkan publisiti tetapi seharusnya dibuat setiap tahun agar momentum pencegahan rasuah dapat dikekalkan dalam parti. 


Hit : 103