Berita Pendidikan

Program Bimbingan Penulisan Cerita Pendek (Cerpen) DBP-SPRM Raih Perhatian Pelajar

PUTRAJAYA, 21 Ogos - Program Bimbingan Penulisan Cerita Pendek (Cerpen) DBP-SPRM telah diadakan dengan meriah dengan penglibatan penyertaan seramai 113 orang yang terdiri daripada 75 orang murid sekolah rendah dan 38 orang awam dari seluruh negara pada hari ini.

Program low-cost high-impact ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai rakan strategik dalam menyebarluas mesej pencegahan rasuah di kalangan kumpulan sasar. Pertandingan ini bertemakan  'Anak Malaysia Merdeka Rasuah’ sebagai menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan negara kita.

Penceramah bagi program ini adalah Dr. Ariff Mohamad, Pensyarah Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Taklimat ringkas berhubung SPRM telah disampaikan oleh Pn. Wan Noraishah Wan Mohamad Isa, Ketua Cawangan Prasekolah Dan Pendidikan Rendah, SPRM.


Hit : 2547