Berita Pendidikan

Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPARK) 2021 Negeri Kedah Bersama PDRM Kedah

ALOR SETAR, 11 Ogos – SPRM Negeri Kedah sekali lagi mengadakan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) 2021 bersama warga kerja dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Kedah. Kempen ini dihadiri seramai 42 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai daerah di negeri Kedah. 

Kempen yang dilaksanakan melalui atas talian disambut baik oleh warga PDRM Kedah dalam memastikan objektif utama kempen iaitu memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM adalah tercapai. 

Taklimat yang disampaikan turut menyentuh perihal integriti dalam kalangan penjawat awam, kesalahan-kesalahan rasuah, pengiktirafan kepada penjawat awam, hukuman rasuah, saluran untuk melaporkan rasuah serta kes-kes yang melibatkan perolehan. Kempen GEMPARK akan diteruskan lagi bersama agensi kerajaan tempatan serta persekutuan yang lain dalam masa yang terdekat. 


Hit : 941