Berita Terkini

SPRM Lancar Pelan Strategik 2021-2025

Putrajaya, 3 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan Pelan Stretegik 2021 – 2025, di sini hari ini.

Sesi pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).

Tema pelan ini adalah ‘Pemacu kepada negara bebas rasuah melalui pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan rasuah yang menyeluruh dan pembudayaan integriti’.

Hala tuju pelan ini adalah untuk meletakkan nama SPRM di persada dunia sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah terunggul dan bertaraf dunia serta mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan Visi SPRM.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato' Junipah Wandi dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, TPj Mohd Hafaz Nazar.


Hit : 2744