Berita Terkini

SPRM Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama NTU, UK

PUTRAJAYA, 27 Julai - SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mengorak langkah ke hadapan apabilamenjalinkan kerjasama strategik dengan Nottingham Trent University (NTU),United Kingdom (UK) dalam bidang akademik.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri AzamBaki berkata, kerjasama bagi tempoh lima tahun sehingga 2025 menerusi duaprogram pengajian ini telah dimeterai melalui Majlis Menandatangani PerjanjianKerjasama (Perjanjian Tambahan Ke Dua) antara kedua-dua pihak yang diadakansecara maya pada hari ini.
 
"Perjanjian ini adalah kesinambungandari perjanjian pertama yang dibuat pada tahun 2017. Di mana ia menunjukkankomitmen SPRM dan kerajaan Malaysia dalam memastikan penjawat awam diberi tahappendidikan yang baik serta bersesuaian dengan keperluan dan kemahiranpengetahuan global semasa.
 
"Pelantikan NTU, UK sebagai rakanstrategik bersama SPRM adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualitipendidikan dalam bidang penguatkuasaan dan pencegahan rasuah di Malaysia danperingkat antarabangsa.
 
"SPRM melalui akademinya iaitu AkademiPencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah memperkenalkan dua program pengajianiaitu Professional Diploma In International Law Enforcement: Anti Corruption Studies(Diploma Profesional PenguatkuasaanUndang-undang Antarabangsa :Pengajian Anti-Rasuah) pada tahap 5  dan Postgraduate Diploma In International LawEnforcement: Anti Corruption Leadership  (Diploma Pascasiswazah PenguatkuasaanUndang-undang Antarabangsa : Kepimpinanan dalam Anti-Rasuah) pada tahap 7 "katanya.
 
Tambahnya, perjanjian yang ditandatangani hari ini diharapkan akan memberi kesanpositif dalam menghasilkan graduan yang dapat memenuhi keperluan pekerjaan,sama ada mereka memilih untuk berkhidmat di sektor operasi, pencegahan mahupunpendidikan.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya(Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan KetuaPesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan KetuaPesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Junipah Wandi;Pengarah MACA, Dato’ Haji Idris Zaharudin; Pro Naib Canselor Antarabangsa dariNTU, UK Professor Cillian Ryan; serta Pengarah-Pengarah Bahagian SPRM.


Hit : 2089