Berita Menarik

Pegawai kementerian direman bantu kes rasuah RM1 juta

PUTRAJAYA: Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah dalam pelbagai bentuk dianggarkan bernilai RM1 juta.

Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, antara 2016 hingga kini, suspek menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar (0.8 hektar), rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal.

"Kesemua itu diperoleh sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Berita Harian

Hit : 1615