Kes-kes Menarik

Pengurus ditahan buat tuntutan palsu RM170,000

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus sebuah syarikat kerana disyaki membuat tuntutan palsu hampir RM170,000 terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2018.

Lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan jam 11 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, lelaki terbabit adalah pengurus syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan Projek Community Drumming.

"Lelaki itu dipercayai telah mengemukakan surat akaun dan pengesahan palsu yang dikemukakan bersama dalam tuntutan yang berjumlah hampir RM170,000 pada 2018.

"Tuntutan itu dibuat kepada KPDNHEP Cawangan Kudat, bagi projek Community Drumming," katanya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

"Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 25 Mei ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Hit : 363