Berita Terkini

SPRM Negeri Sembilan Berkongsi Rezeki Bersama Yang Memerlukan

KUALA PILAH, 8 Mei – SPRM Negeri Sembilan berkongsi rezeki bersama anak keluarga miskin yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Panchor, Seremban serta Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kampung Ulu Inas, Kuala Pilah pada hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan berkonsepkan pandu lalu bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima-penerima sumbangan. Papan info "Moh Poie Lapor Rasuah" turut diserahkan kepada Dr. Hj Sahrom Hasshim, Pengetua Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kampung Ulu Inas.

Hit : 709