Berita Terkini

SPRM Terima Kunjungan Hormat CAAM

Putrajaya, 5 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima kunjungan hormat Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Kunjungan hormat ini diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Kapten Chester Voo dan disambut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Kunjungan hormat ini merupakan langkah proaktif yang dirangka oleh pihak pengurusan CAAM untuk melakukan penambahbaikan dalam organisasi agar warga kerjanya telus melaksanakan tugas yang diberikan.

Lawatan ini juga menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk menyebar luas amalan baik secara berterusan dalam organisasi masing-masing.


Hit : 422