Berita Terkini

KP SPRM Terima Kunjungan Hormat ATM

Putrajaya, 27 Apr. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerima kunjungan hormat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.


Lawatan yang diketuai oleh Ketua Provos Marsyal ATM, Brig Jen Dato' Mislan Anuar tersebut bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan hal-hal jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pada masa yang sama, pertemuan yang diadakan selama sejam itu juga merupakan platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan pendapat mengenai salah laku dan isu-isu semasa tentang rasuah.


Sementara itu, SPRM dan ATM juga berhasrat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha memerangi jenayah rasuah dalam negara.


Turut hadir Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Dato' Azmi Kamaruzaman; Pengarah Operasi Cawangan Provos Marsyal (CPM) ATM, Kapten Farizan Hussain TLDM dan Pengarah Rancang CPM ATM, Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid TUDM.


Hit : 3839