Berita Pendidikan

SPRM dan KUASA Dekati Orang Asli Pos Piah Sungai Siput (U) Perak Dalam Program Jelajah Integriti Dan Antirasuah Alam Sekitar

SUNGAI SIPUT, 9 Apr – SPRM dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mengambil inisiatif mendekati warga orang asli dalam Program Jelajah Integriti Dan Antirasuah Alam Sekitar Siri 1 bertempat di Kampung Kembok, Pos Piah, Sungai Siput (U), Perak.

Program yang berlangsung selama tiga hari dan melibatkan empat buah kampung di bawah Pos Piah iaitu Kg Kembuk, Kg Piah, Kg Teras dan Kg Gentes ini telah dirasmikan oleh TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Antara pengisian dalam program ini adalah sesi penerangan berkaitan kesalahan rasuah serta cara melapor rasuah, walkabout dengan menemui masyarakat setempat yang dengan pengedaran bahan-bahan kempen pencegahan rasuah serta mendekati mereka secara bersemuka bagi mendapatkan isu serta permasalahan yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Penerimaan positif daripada penduduk Orang Asli membuktikan mereka menyokong penuh inisiatif SPRM dalam menyebarluas mesej antirasuah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Ab. Muneim Ibrahim, Ketua Seksyen Outreach; PKPj Jaafar Tajuddin, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perak, Shazni Bhai, Ketua Penyelaras Aktivis, Tok Batin Kg Kembuk, Kg Piah, Kg Teras dan Kg Gentes serta pegawai-pegawai SPRM.


Hit : 2703