Berita Terkini

Luncheon Talk Datuk Seri Azam bersama media

Putrajaya, 8 Apr. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan 'Luncheon Talk' bersama media di sini, hari ini.

Majlis yang diadakan di Pulse Grande ini dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Pertemuan selama dua jam bersama media Inggeris dan Tamil ini merupakan usaha murni ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak.

Jalinan kerjasama ini penting dalam membuat liputan berkaitan kes SPRM serta menyebarluas mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Turut hadir Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, PKPj Kamaruddin M. Ripin.


Hit : 1427