Berita Menarik

SPRM Tahan ‘Datuk’ Kemuka Dokumen Palsu

Seorang pengurus syarikat bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mempunyai butiran palsu bagi tujuan memperoleh projek bernilai kira-kira RM8.9 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber SPRM, projek tersebut ialah tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

Suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12 tengah semalam.

Bagaimanapun, suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah rakaman percakapannya selesai dilakukan semalam.

Perkara itu disahkan Pengarah SPRM Putrajaya Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/682677/sprm-tahan-datuk-kemuka-dokumen-palsu


Hit : 2036