Berita Terkini

Jalinan Mesra SPRM Negeri Pahang Bersama Pengurusan Urban Transformation Centre (UTC) Negeri Pahang

KUANTAN, 2 Mac – PsK Nik Nor Azleen Mohammed, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Affandi Musa, Ketua Bahagian Perkhidmatan Awam, Pengurus UTC Negeri Pahang bertempat di Pejabat Pengurusan UTC Negeri Pahang, Kuantan.

Objektif bagi pertemuan ini adalah untuk mewujudkan jalinan silaturrahim dan hubungan kerjasama antara SPRM Negeri Pahang dengan Pengurusan UTC Negeri Pahang.

Turut dibincangkan program-program pencegahan rasuah yang bakal dilaksanakan melibatkan jabatan serta agensi yang berdaftar di bawah Pengurusan UTC Negeri Pahang pada masa akan datang.

Di samping itu, edaran QR Code Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah SPRM (KPATRM) 2021 telah dibuat kepada pihak UTC Negeri Pahang.


Hit : 3456