Berita Menarik

Isa Samad bersalah atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari inididapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitanpembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Mohd Isadidakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi PropertiesSdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid MdArip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hoteloleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, MenaraFelda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini, antara 21 Julai 2014 dan11 Dis 2015.

Pertuduhanmenurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkanhukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlahatau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabitkesalahan.

Pasukanpendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakalapeguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan.

Sumber : BERNAMA

Hit : 3094