Berita Terkini

Lawatan Rasmi KSN Ke SPRM

Putrajaya, 5 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima lawatan rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat Jawatan Kuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan Siri 5 Bil 1 Tahun 2021. Mesyuarat yang turut dipengerusikan oleh KSN ini telah diadakan secara maya sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SPRM amat berbesar hati menerima kehadiran Tan Sri Mohd Zuki dan diharapkan agar  warganya dapat menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan penuh akauntabiliti, berintegriti dan cemerlang.

Hit : 2737